Thursday, May 26, 2011

Sunday, April 17, 2011

i adore her ~fatimah syarha~

assalamualaikum..

entry kali ni,siha nak story ckit pasal fatimah syarha,siha minat sgt2 kat dia,siha mula knal kak fatimah waktu siha form 5 lagi,time 2 baca buku "cintaku selepas Allah dan Rasul"


bku ni yg membuatkan siha knal erti cinta Allah,& buku ni jugak la yg memberi pendedahan kat siha tentang cinta sebelum nikah 2 dilarang Allah..best plot crita ni..qanaah (watak utama) sgt2 mnjaga syariat Allah..subhanallah,nk sgt jadi cam qanaah 2..siha yakin,watak qanaah dlm buku 2 merupakan rentetan cerita kak fatimah syarha dengan suami dia,dr farhan hadi (muslih)..

karya2 kak fatimah sgt mengkagumkan..walaupun buku 2 x sampai 100 page pon,tapi penceritaan dia sgt padat,dakwah kak fatimah melalui buku ni sgt berkesan..hehehe.

kat bawah ni sedikit sebanyak koleksi foto fatimah syarha bersama suami serta anaknya



 ~suami kak fatimah,dr farhan~
~kebahagiaan mereka~






~puteri kak fatimah syarha,haura maqsurah~


~karya mereka mndapat perhatian~

~keluarga sakinah~

~dakwah suami isteri ni sgt berkesan~

~i adore her~








siha memang minat sgt2 semua karya kak fatimah ..semua siha ada,yg paling siha minat is "syabab musafir kasih"..sedih btol cerita dia..sampai mngalir air mata baca novel 2..and now dlm proses nak habiskan novel tautan hati,novel 2 agak la tebal,thats why sampai skrg x abis2 lagi plus siha ni jenis x suka baca bnda yg pnjang n tebal cam 2..ngee..


footnote:denyut kasih medik karya dr farhan pon best!


pepatah melayu from karam singh walia

asslamualaikum..
rasanya ni entry yg paling kelakar buat masa ni kat blog siha..ngee..baca sampai abis okay!


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3.Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau matimeninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan didalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalaunak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!



karam singh walia is not that bad pon sbnarnya..hehehe..cuma tiap2 kali dia bg pepatah,msti lain dari yg lain,yg sush nak dgr kat tmpat2 lain..to uncle,if u read this,im really sorry ok..i proud of u actually! ngee

pesanan Rasulullah kepada kita

Ali bin Abi Talin r.a. berkata: "Setelah turun Surah Idza ja'anashrullahi wal fath, baginda Rasulullah SAW ketika itu sedang sakit, dalam sakit itu baginda Rasulullah SAW keluar dengan kepala yang diikat iaitu pada hari Khamis, beliau memasuki masjid lalu naik ke atas mimbar dan beliau duduk di atas mimbar.

     Muka baginda Rasulullah SAW yang pucat dan dengan mata yang mengalirkan air mata, baginda Rasulullah SAW pun memanggil Bilal bin Rabah dan menyuruh Bilal berseru di Madinah bagi mengumpulkan orang ramai bagi mendengar wasiat baginda Rasulullah SAW yang terakhir.

     Apabila Bilal melaksanakan seperti yang diperintahkan oleh baginda SAW, maka berkumpul lah semua penduduk Kota Makkah yang terdiri dari budak-budak, orang dewasa lelaki dan perempuan. Kesemua mereka keluar dengan terbuka dan begitu juga dengan pasar menjadi kosong. Bersesaklah masjid sehingga penuh. Kemudian baginda Rasulullah SAW berkata kepada para jemaah: "Berilah peluang kepada orang-orang yang di belakang supaya masuk ke dalam."

     Setelah itu baginda Rasulullah SAW pun bangun berdiri sambil menangis beliau mengucap: "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un." Baginda Rasulullah SAW bersyukur kepada Allah SWT sebagaimana lazimnya dan membaca selawat utk semua nabi dan diri baginda sendiri.

     Selepas itu baginda SAW pun bersabda : "Sesungguhnya aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim dari bangsa Arab Makkah dan tiada nabi sesudah aku, wahai semua manusia dengarlah bahawasanya diriku telah diberitakan akan mati, dan telah terlalu dekat akan meninggalkan dunia ini, dan aku juga telah rindu kepada Tuhanku, dan sedihnya aku meninggalkan umatku. Apakah yang akan mereka katakan pula sepeninggalanku, Ya Allah selamatkan,selamatkan."

     Sabda baginda Rasulullah SAW : "Wahai sekalian manusia dengarlah wasiat terakhirku kepada kamu semua dan ingat-ingatlah serta sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir kerana ini adalah wasiatku yang terakhir. Wahai manusia, Allah SWT telah menjelaskan kepada kamu semua dalam kitab al-Quran yang diturunkannya tentang yang halal dan yang haram, yang harus kamu semua lakukan dan yang harus kamu semua tinggalkan, oleh itu hendaklah kamu semua gunakan yang halal dan tinggalkan yang sama sekali haram dan percayalah pada yang musyabih dan lakukalah yang muhkam (tegas) dan jadikan ia sebagai peringatanmu yang berupa contoh-contoh itu."

     Setelah itu Rasulullah SAW memandang ke langit sambil berkata : "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menyampaikan maka saksikanlah."

     Bersabda Rasulullah SAW lagi : "Wahai manusia awaslah kamu dari hawa nafsu yang sesat yang menyesatkan yang jauh dari tuntutan rahmat Allah SWT dan syurga bahkan ianya dekat kepada neraka. Oleh itu hendaklah kamu semua menjaga jama'ah (kumpulan) dan hendaklah istiqamah (tetap jujur dan lurus) kerana ini akan mendekatkan diri kepada Allah dan syurga dan yang menjauhkan dari api neraka. Sabda baginda SAW lagi : "Ya Allah, aku telah menyampaikan. Wahai manusia, takutlah kamu kepada Allah, takutlah kamu kepada Allah dalam menjaga agama dan amanat yang telah diamanatkan kepada kamu. Takutlah kepada Allah. Takutlah kepada Allah dalam memelihara hamba-hambamu, hendaklah kamu memberi mereka makan dari apa yang kamu makan, begitu juga dengan pakaian, hendaklah kamu memberi mereka pakaian dari apa yang kamu pakai dan janganlah kamu memaksa mereka melakukan sesuatuyang mereka tidak kuat untuk melakukan, kerana mereka itu juga dijadikan dari daging dan darah, yakni makhluk yang sama dengan kamu. Dan ingatlah mereka yang aniaya pada mereka (hamba-hambamu) maka akulah lawannya pada hari Kiamat nanti dan Allah SAW hakimnya."

     Baginda SAW menyambung lagi : "Takutlah kamu kepada kepada Allah dalam memelihara isteri, tepatilah mahar yang telah kamu janjikan pada mereka dan jangan menganiaya mereka, nescaya kamu akan diharamkan dari hasanat-hasanatmu pada hari Kiamat. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia hendaklah kamu menjaga dirimu dann keluargamu dari api neraka, dan hendaklah kamu mengajar mereka akhlak sopan santun, sebab mereka itu adalah bagai orang tawananmu dan amanat. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia patuhlah pada pemerintahmu dan jangan menentang mereka meskipun dari keturunan Habasyi yang terpotong hidungnya, sebab yang patuh pada amir itu beerti taat kepadaku, dan sesiapa yang taat kepadaku beerti taat kepada Allah, dan sesiapa yang menentang mereka beerti menentang aku, dan mereka yang menentang aku beerti maksiat kepada Allah. Ingatlah jangan keluar dari mereka, dan jangan memutuskan janji-janjimu pada mereka, ingatlah saya telah menyampaikan."

     Rasulullah SAW menyambung lagi : "Wahai manusia, hendaklah kamu cinta kepada keluargaku, ahli-ahli Qur'an dan para ulama-ulamamu, jangan sekali-kali kamu membenci atau hasad dengki pada mereka, jangan kamu menghina mereka, ingatlah sesiapa yang cinta pada mereka beerti cinta kepadaku dan sesiapa cinta kepadaku, maka Allah cinta kepadanya, dan sesiapa yang membenci pada mereka bererti membenci padaku, dan sesiapa yang benci padaku maka benci pada Allah. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia jagalah solat lima waktu dengan menyempurnakan wudhunya dan menyempurnakan ruku', sujudnya. Wahai manusia keluarkanlah zakat hartamu, ingatlah sesiapa yang tidak mahu mengeluarkan zakat maka tidak dikira (anggap) solatnya, dan siapa yang tidak dikira (anggap) solatnya, maka dia tidak beragama, dan tidak dikira puasa dan hajinya dan juga jihadnya. Ya Allah saya telah menyampaikan."

     Sabda Rasulullah SAW lagi : Wahai manusia sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan haji keatas orang yang berkuasa perjalanannya dan sesiapa yang tidak mahu melaksanakannya maka bolehlah dia pilih apakah dia akan mati seperti Yahudi atau Nasrani atau Majusi kecuali yang uzur kerana penyakit atau kerana raja yang zalim. Ingatlah bahawa mereka tidak akan mendapat syafaatku dan tidak akan minum dari telagaku. Ingatlah sayan telah menyampaikan. Wahai manusia sesungguhnya Allah SWT akan mengumpulkan kamu semua pada hari Kiamat disuatu lapangan dalam kedudukan yang sangat berat, mengerikan, pada hari yang tidak berguna harta atau anak buah, kecuali orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang suci bersih dari syirik, ingatlah saya telah menyampaikan."

     Rasulullah SAW bersabda lagi : "Wahai manusia, jagalah lidah kamu, keluarkan airmata kamu, tundukkan hatimu dan letihkanlah badanmu serta berjihadlah melawan musuhmu, makmurkanlah masjidmu dan ikhlaskan imanmu. Nasihatlah teman-temanmu, berbuatlah kebaikan untuk dirimu dan jagalah kemaluanmu, bersedekahlah dari hartamu, jangan hasut-menghasut nescaya akan hilang hasanatmu (pahala), jangan ghibah (mengumpat) nescaya binasa kamu. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia berusahalah kamu dalam memerdekakan budak-budakmu (hamba-hamba), dan berbuatlah kebaikan untuk kekuranganmu dan hajatmu. Wahai manusia jangan menganiaya, sebab Allah sendiri yang akan menuntut terhadap siapa yang menganiaya, dan kamu juga yang akan menanggung perhitunganmu dan kepada Allah kamu akan kembali, Allah tidak rela jika kamu melakukan maksiat. Wahai manusiasesungguhnya sesiapa yang berbuat kebaikan maka untungnya itu adalah untuknya sendiri, dan sekiranya sesiapa melakukan kejahatan maka kejahatan itu akan ditanggungnya sendiri dan Allah tidak akan menganiaya pada hamba-hambaNya, oleh itu jagalah dirimu dan hari dimana kamu dihadapkan kepada Allah, dimana setiap orang akan dibalas atas segala amal usahanya dan mereka tidak akan dianiaya.

     Akhir sekali baginda Rasulullah SAW bersabda : "Wahai manusia sesungguhnya aku akan menghadap Allah SWT dan aku telah diberitahu akan kedatangan kematianku, maka aku serahkan kamu semua kepada Allah iaitu agama dan amanatmu. Wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh."

     Setelah selesai sabdaan baginda maka baginda SAW pun turun dari mimbar dan terus masuk kedalam rumah dan tidak keluar lagi selepas itu.

Wallahu A'lam..



footnote:diadaptasi dari penulisan salman al-farisi

al kisah couple islamik



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar disebuah skola agama. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. 



 -naasiha sakina-(yg halal itu jelas dan yg haram itu juga jelas)




bila syurga lebih diutamakan!

Ketika zaman rasulallah di madinah terdapat seorang sahabat yang tinggal bersebelahan dengan seorang munafik. Di rumah simunafik itu terdapat sebatang pokok kurma yang sedang berbuah. Ketika kurma-kurma itu gugur anak sahabat tersebut mengambil buah tersebut lalu memakannya. Si munafik melihat perkara tersebut lantas memaksa anak sahabat tersebut mengeluarkannya kembali. Sahabat tersebut membawa perkara tersebut kepada rasulullah.

Rasulullah berkata kepada si munafik itu “jualkan aku kurma tersebut akan kugantinya dengan kurma di syurga kelak. Si munafik menolaknya lantas beredar dari situ. Perbualan tersebut di dengari oleh abu dahdar. Lantas dengan segera abu dahdar bertanya pada rasulullah, “ jika aku belikan kamu kurma tersebut adakah aku akan dapat kurma dari mu disyurga?” rasulullah berkata “ya jika kau belikanku kurma tersebut kau akan dapat dariku kurma di syurga”

Abu dahdar menyedari jika dia dapat kurma di syurga sudah tentu dia akan menjadi ahli syurga dan tidak akan keluar dari syurga tersebut. Lantas abu dahdar berlari mendapatkan si munafik itu lantas bertanya “ sudikah kau menjualkan aku kurma tersebut?” si munafik menjawab, “sedangkan permintaan rasulullah ku tolak inikan pula kamu.. apakah harga yang ingin kau beli?” abu dahdar menjawab, jika kau berikan ku kurma tersebut akan ku berikan kau kesemua 60 buah ladang kurma ku”

Si munafik dengan perasaan hairan menerima tawaran tersebut. Abu darda berlari kepada rasulallah dengan membawa kurma tersebut. Rasulallah berkata “ ketika kau pergi ku janjikan mu dengan sebiji kurma tapi demi allah ku lihat syurgamu telah dipenuhi dengan kurma dari Allah”
Lihatlah sahabat sekalian keyakinan sahabat terhadap rasulallah. Sanggup berkorban apa sahaja demi kesejahteraan di SANA… bagaimana dengan kita? Sudah sanggupkah kita membayar harga sebiji kurma dengan seluruh harta kita?



footnote:mampu ke kita nak gadaikan 60 buah ladang kurma semata2 nak dptkn kurma di syurga kelak??fikir2 kan..

Saturday, April 16, 2011

semoga cepat sembuh!

assalamualaikum,


entry kali ni nak story ckit pasal abah,since mnggu lepas dia sakit,not sure la sakit apa,yg pasti nya,abah asyik sesak nafas,panas dalam bdn,n muntah memanjang..kesian dia...rasanya pasal batu karang la kot,and hari ni (tadi pagi),abah,mak,n aunty syazia pi metro hospital..kat sana elok sikit walaupun kos dia agak mahal..

apa2 pon, semoga cepat sembuh..ngee



footnote:sakit kafarah dosa!